Pengeboman Makassar 2021 ialah sebuah peristiwa letupan bom yang berlaku di hadapan Gereja Katedral Makassar, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 28 Mac 2021.[1][2][3] Akibat peristiwa ini, 14 orang mengalami kelukaan dan 2 orang yang disyaki pelaku bom bunuh diri meninggal dunia.[4] Polis masih menyiasat kejadian pengeboman ini. Sementara itu, beberapa pihak menuding kumpulan Jemaah Ansharut Daulah bertanggungjawab atas kejadian ini.[5]
Ini ialah peristiwa letupan bom pertama di Indonesia selepas rangkaian letupan bom di Surabaya pada tahun 2018 lalu.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search